Tuesday, August 31, 2010

JENIS-JENIS TELEFON TANPA WAYAR

 

Telefon Bimbit

Sistem telefon tanpa wayar juga dikenali dengan nama wireless Selalunya sistem wireless untuk penggunaan telefon ini merujuk kepada telefon bimbit. Terminologi untuk telefon bimbit juga berbeza mengikut kawasan atau zon orang itu berada. Misalnya, di United Kingdom, mereka memanggilya dengan istilah mobile, USA dengan cell phone dan Malaysia bagi orang yang bertutur dalam bahasa Inggeris menyebutnya handphone.
Secara asasnya, telefon bimbit berfungsi secara tanpa wayar dengan signalnya dipancar bukan melalui kabel, tetapi isyarat dihantar dari satu menara atau penghantar isyarat ke telefon bimbit tersebut. Peranti ini amat popular pada masa kini, dan sesetengahnya telah menggantikan terus sistem telefon rumah yang konvensional. Ini kerana hampir setiap orang sudah memiliki telefon bimbit masing-masing iaitu satu rumah bukan lagi satu telefon, tetapi seorang individu sebuah telefon.Dengan teknologi yang berkembang, penggunaan telefon bimbit bukan lagi sekadar menelefon,seterusnya menambahkan popularitinya.






Telefon Kordless

Telefon Kordless telah pertama kali dicipta oleh Teri Pall pada tahun 1965. Ketika itu, telefon jenis ini terdiri daripada unit utama yang bersambung dengan sistem talian telefon tetap dan juga berhubung dengan gagang mudah alih dengan gelombang radio yang rendah. Hal ini membolehkan gagang digunakan daripada mana-mana lokasi pada julat lingkungan tertentu. Oleh kerana kuasa diperlukan untuk berhubung dengan gagang, maka unit utama dibekalkan kuasanya dengan sumber kuasa elektronik (electronic power supply). Disebabkan hal ini, maka telefon kordless biasanya tidak berfungsi apabila terputus bekalan elaktrik. Pada awalnya, telefon kordless menggunakan gelombang radio pada julat 1.7 MHz untuk berkomunikasi antara unit utama dengan gagang. Oleh kerana masalah kualiti dan jarak lingkungan, gelombang ini akhirnya digantikan dengan sistem yang menggunakan frekuensi termodulasi(FM) pada julat frekeuensi tinggi (49 MHz, 900 MHz, 2.4 MHz, dan 5.8 MHz). Telefon kordless 2.4 MHz boleh mengganggu beberapa protokol LAN tanpa wayar(802.11b/g) oleh kerana penggunaannya pada frekuensi yang sama. Pada julat gelombang 2.4 MHz, beberapa "channels" digunakan untuk melindungi berlakunya penurunan kualiti isyarat bunyi disebabkan oleh masalah kesesakan. Julat lingkungan untuk telefon kordless moden hari ini biasanya menjangkau beberapa ratus meter.


Telefon selular

Sistem telefon bimbit moden adalah berstruktur sel.Radio digunakan untuk berhubung di antara sebuah telefon bimbit dan sebuah tapak sel berdekatan.
Apabila sebuah telefon bimbit berada terlalu jauh daripada mana-mana tapak sel, sebuah sistem komputer akan memberi arahan kepada telefon bimbit tersebut dan sebuah tapak sel yang lebih dekat akan menggantikan komunikasi daripada saluran yang berbeza, tanpa mengganggu sebarang panggilan yang dilakukan.
Frekuensi radio adalah sebuah sumber yang terhad dan berkongsi. Frekuensi yang lebih tinggi yang digunakan telefon bimbit mempunyai kelebihan dalam jarak yang dekat. Jarak perhubungan agak mudah dijangka dan boleh dikawal dengan mengubah level tenaganya. Dengan menggunakan tenaga yang mencukupi untuk berhubung dengan tapak sel yang "terdekat", telefon-telefon yang menggunakan satu tapak sel tidak akan mengganggu telefon lain yang menggunakan frekuensi yang sama pada tapak sel yang lain. Frekuensi yang tinggi juga berkesan dengan pelbagai bentuk multipleksing yang membenarkan lebih daripada satu buah telefon untuk berhubung dengan menara yang sama dengan jumlah frekeunsi yang sama.


Telefon Tanpa Kord/Bergerak

Terdapat telefon yang berfungsi sebagai telefon tanpa kord apabila menghampiri stesen tapak sepadannya (dan ada kalanya stesen-stesen tapak lain) dan berfungsi sebagai telefon tanpa wayar apabila di lokasi-lokasi lain tetapi atas pelbagai alasan tidak menjadi popular.
Beberapa jenis telefon tanpa kord berfungsi seperti telefon selular tetapi hanya sekitar rangkaian peribadi yang kecil meliputi sebuah bangunan atau beberapa buah bangunan. Sistem seperti ini yang menggunakan VoIP adalah popular di hospital-hospital dan kilang-kilang yang mempunyai rangkaian yang sama digunakan untuk data dan suara.

SEDIKIT PENGENALAN TENTANG TELEFON





Telefon berasal daripada (bahasa Yunani : tele = jauh dan phone = suara) adalah alat Telekomunikasi yang digunakan bagi memancar dan menerima bunyi (kebiasaanya suara dan percakapan) pada jarak jauh tanpa terikat, secara bebas. Kebanyakan telefon beroperasi melalui pemancaran isyarat elektrik melalui jaringan telefon awam yang mana mengutip sedikit bayaran, menurut tempoh penggunaan, bagi kegunaan orang awam yang tidak memiliki telefon. rumit yang membenarkan sebarang pengguna telefon untuk berhubung dengan hampir kesemua yang lain.


TELEKOMUNIKASI UNTUK SEMUA

Untuk kali ini  saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang satu video yang bersangkut paut dengan telekomunikasi dan ianya membawa mesej yang besar mengenai perkhidmatan jalur lebar masa kini.


jadi saksikanlah video ini....Enjoyyyyy!!!!!





TELEKOMUNIKASI

pada post kali ini saya ingin berkongsi berkenaan dengan bidang telekomunikasi yang saya pelajari. Disini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang apa itu komunikasi.


PENGENALAN KEPADA KOMUNIKASI

  • Komunikasi ialah suatu keperluan kepada manusia untuk mereka berhubung antara satu sama lain.
  • Ia merupakan pertukaran maklumat antara dua pihak yang menggunakan maklumat (simbol atau suara) yang boleh difahami oleh kedua-dua pihak yang terlibat.
  • Secara umumnya, komunikasi data adalah berkaitan secara langsung dengan komunikasi harian dan penting dalam kehidupan kita.
  • Bahan perantaraan ialah sesuatu bahan yang membolehkan maklumat sampai kepada dentinasinya dan biasanya dirujuk sebagai media.
  • Tiga komponen yang terlibat bagi memastikan bahawa berjaya atau berlakunya komunikasi adalah sumber, media dan destinasi.

                                               RAJAH 1 : KOMPONEN KOMUNIKASI 

  • Faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan komuikasi ialah maklumat mestilah boleh difahami, gangguan semasa komunikasi dan sistem komunikasi.
  • Model komunikasi Shannon telah menjadi asas bagi menerangkan komunikasi.
  • Model ini terdiri daripada lima elemen, iaitu sumber maklumat, penghantar, saluran, penerima dan destinasi seperti berikut








RAJAH 2: MODEL KOMUNIKASI SHANNON

  1. Sumber maklumat yang menghasilkan maklumat.
  2. Penghantar yang mengekodkan maklumat ke dalam bentuk isyarat.
  3. Saluran yang mana isyarat-isyarat dihantar melaluinya.
  4. Penerima yang menyahkod maklumat daripada isyarat yang diperoleh.
  5. Destinasi ke mana mesej dihantar.
  • Elemen yang dikenali sebagai kebisingan merupakan faktor gangguan terhadap mesej yang bergerak di sepanjang saluran yang akan mengakibatkan isyarat yang diterima berubah atau berbeza dengan isyarat asal yang dihantar.


    Monday, August 30, 2010

    SELAMAT BERKUNJUNG....:)



    assalamualaikum.....
    pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi berkunjung ke laman blog saya yang tak seberapa ini. sebenarnya ini merupakan blog pertama saya. Saya mula berkecimpung di dalam dunia blog ini pun diatas sebab-sebab tertentu. Antara sebab utama saya membuat blog adalah kerana ianya merupakan salah satu tugasan yang diberikan oleh pengajar saya bagi tujuan memenuhi syarat untuk mendapatkan sijil diploma dalam bidang telekomunikasi. Disebabkan masih baru di dalam bidang ini, saya berharap sedikit sebanyak akan dapat memperbaiki kelemahan di dalam blog saya. Saya juga berharap kesudian anda semua berkunjung ke sini dapat saya kongsi maklumat berguna dengan anda semua..