Tuesday, August 31, 2010

JENIS-JENIS TELEFON TANPA WAYAR

 

Telefon Bimbit

Sistem telefon tanpa wayar juga dikenali dengan nama wireless Selalunya sistem wireless untuk penggunaan telefon ini merujuk kepada telefon bimbit. Terminologi untuk telefon bimbit juga berbeza mengikut kawasan atau zon orang itu berada. Misalnya, di United Kingdom, mereka memanggilya dengan istilah mobile, USA dengan cell phone dan Malaysia bagi orang yang bertutur dalam bahasa Inggeris menyebutnya handphone.
Secara asasnya, telefon bimbit berfungsi secara tanpa wayar dengan signalnya dipancar bukan melalui kabel, tetapi isyarat dihantar dari satu menara atau penghantar isyarat ke telefon bimbit tersebut. Peranti ini amat popular pada masa kini, dan sesetengahnya telah menggantikan terus sistem telefon rumah yang konvensional. Ini kerana hampir setiap orang sudah memiliki telefon bimbit masing-masing iaitu satu rumah bukan lagi satu telefon, tetapi seorang individu sebuah telefon.Dengan teknologi yang berkembang, penggunaan telefon bimbit bukan lagi sekadar menelefon,seterusnya menambahkan popularitinya.






Telefon Kordless

Telefon Kordless telah pertama kali dicipta oleh Teri Pall pada tahun 1965. Ketika itu, telefon jenis ini terdiri daripada unit utama yang bersambung dengan sistem talian telefon tetap dan juga berhubung dengan gagang mudah alih dengan gelombang radio yang rendah. Hal ini membolehkan gagang digunakan daripada mana-mana lokasi pada julat lingkungan tertentu. Oleh kerana kuasa diperlukan untuk berhubung dengan gagang, maka unit utama dibekalkan kuasanya dengan sumber kuasa elektronik (electronic power supply). Disebabkan hal ini, maka telefon kordless biasanya tidak berfungsi apabila terputus bekalan elaktrik. Pada awalnya, telefon kordless menggunakan gelombang radio pada julat 1.7 MHz untuk berkomunikasi antara unit utama dengan gagang. Oleh kerana masalah kualiti dan jarak lingkungan, gelombang ini akhirnya digantikan dengan sistem yang menggunakan frekuensi termodulasi(FM) pada julat frekeuensi tinggi (49 MHz, 900 MHz, 2.4 MHz, dan 5.8 MHz). Telefon kordless 2.4 MHz boleh mengganggu beberapa protokol LAN tanpa wayar(802.11b/g) oleh kerana penggunaannya pada frekuensi yang sama. Pada julat gelombang 2.4 MHz, beberapa "channels" digunakan untuk melindungi berlakunya penurunan kualiti isyarat bunyi disebabkan oleh masalah kesesakan. Julat lingkungan untuk telefon kordless moden hari ini biasanya menjangkau beberapa ratus meter.


Telefon selular

Sistem telefon bimbit moden adalah berstruktur sel.Radio digunakan untuk berhubung di antara sebuah telefon bimbit dan sebuah tapak sel berdekatan.
Apabila sebuah telefon bimbit berada terlalu jauh daripada mana-mana tapak sel, sebuah sistem komputer akan memberi arahan kepada telefon bimbit tersebut dan sebuah tapak sel yang lebih dekat akan menggantikan komunikasi daripada saluran yang berbeza, tanpa mengganggu sebarang panggilan yang dilakukan.
Frekuensi radio adalah sebuah sumber yang terhad dan berkongsi. Frekuensi yang lebih tinggi yang digunakan telefon bimbit mempunyai kelebihan dalam jarak yang dekat. Jarak perhubungan agak mudah dijangka dan boleh dikawal dengan mengubah level tenaganya. Dengan menggunakan tenaga yang mencukupi untuk berhubung dengan tapak sel yang "terdekat", telefon-telefon yang menggunakan satu tapak sel tidak akan mengganggu telefon lain yang menggunakan frekuensi yang sama pada tapak sel yang lain. Frekuensi yang tinggi juga berkesan dengan pelbagai bentuk multipleksing yang membenarkan lebih daripada satu buah telefon untuk berhubung dengan menara yang sama dengan jumlah frekeunsi yang sama.


Telefon Tanpa Kord/Bergerak

Terdapat telefon yang berfungsi sebagai telefon tanpa kord apabila menghampiri stesen tapak sepadannya (dan ada kalanya stesen-stesen tapak lain) dan berfungsi sebagai telefon tanpa wayar apabila di lokasi-lokasi lain tetapi atas pelbagai alasan tidak menjadi popular.
Beberapa jenis telefon tanpa kord berfungsi seperti telefon selular tetapi hanya sekitar rangkaian peribadi yang kecil meliputi sebuah bangunan atau beberapa buah bangunan. Sistem seperti ini yang menggunakan VoIP adalah popular di hospital-hospital dan kilang-kilang yang mempunyai rangkaian yang sama digunakan untuk data dan suara.

0 comments:

Post a Comment